fbpx
Gambar hiasan

Elak salah faham di pejabat perlu tanya tuan badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tuduhan melulu serta menghukum seseorang tanpa usul periksa adalah perbuatan salah kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan sama di pejabat, kejiranan mahupun antara rakan-rakan.

Sebaliknya kata, pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, adalah wajar untuk bertanyakan secara terus kepada tuan badan dan buat keputusan yang munasabah.

“Setiap kali kamu mendengar cerita yang kurang enak dari pejabat, jangan terima bulat-bulat. Pergi terus tanya ke empunya badan.

“Jangan keruhkan keadaan dengan mendengar kata-kata orang yang menyampaikan,” ujarnya di laman Twitter.

Tambah beliau, kajian komunikasi mengatakan lima patah perkataan yang diungkapkan, boleh berubah kepada 15 patah perkataan apabila sampai kepada penerima yang kelima atau keenam.

“Contoh, pertama, si A tu lemah betul buat Excel, kedua, si A tu memang lemah buat Excel, ketiga, si A tu memang perlahan buat Excel, keempat, si A tu memang lembab sangat buat Excel, dan kelima, Si A tu memang tak boleh buat kerja,” katanya. -KOSMO! ONLINE

POPULAR