fbpx

5 tahun bisnes sendiri, jualan sekitar RM70 sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADZIRAH bersama pasukan CT Vet Enterprise optimis mampu terus berkembang meskipun dalam suasana ekonomi mencabar kini.

JOHOR BAHRU – Mahu mengubah hidup keluarga membuatkan Dr. Nadzirah Zulkiffli mengambil keputusan membuka klinik haiwan.

“Saya seorang doktor veterinar, tiada pengalaman urus bisnes. Lima tahun saya uruskan klinik seorang diri,” kata pengasas Klinik Haiwan CT Vet Enterprise itu.

Selepas mengalami kemalangan jalan raya pada 2019, beliau tidak mampu menguruskan kliniknya seperti biasa dan hutang meningkat sehingga RM200,000.

“Saya juga berdepan dengan masalah pekerja toksik yang menggunakan data syarikat untuk kepentingan peribadi.

“Jualan ketika itu sekitar RM70 sehari, kadang-kadang tiada langsung. Situasi ini membuatkan saya berdaftar sebagai ejen bisnes menjual kek,” kongsinya.

Sedar akan masalah dihadapi, Nadzirah cuba mendalami ilmu perniagaan dan mula mengenali Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sebelum mengikuti program Zero Kos Marketing anjuran RichWorks.

Beliau kemudiannya mengikuti program Spire pada Oktober 2020 dan setelah mengaplikasikan ilmu dipelajari, jualan kliniknya meningkat kepada RM100,000 sebulan berbanding sekitar RM40,000 hingga RM50,000 sebelumnya.

“Saya capai RM1 juta pertama enam bulan selepas itu dan ambil keputusan menyertai program mentoring Titanium Circle.

“Pada 2021, syarikat meraih RM1.5 juta dan kami menyasarkan jualan RM3 juta pada tahun ini.

“Lebih manis, kejayaan ini dapat dikongsi bersama keluarga, meningkatkan ekonomi pekerja dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang termasuk haiwan,” ujarnya.

Bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan boleh ke Facebook Klinik Haiwan CT Vet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI