fbpx

Sepi Sekuntum Mawar Merah versi Amir Masdi gempak!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SADURAN semula lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah oleh Amir Masdi mendapat tempat dan pujian daripada pendengar.

SEJAK kebelakangan ini, industri muzik tanah air dilambakkan dengan lagu saduran (cover song) era 1990-an.

Terbaharu, Amir Masdi turut muncul dengan menyanyikan semula lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian asal Ella.

Tidak menukar rentak asal lagu tersebut, Amir dikatakan berjaya membawa nafas baharu tanpa perlu mengubah muzik asli.

“Kalau cover song macam ini yang terbaik. Baru jantan!” puji netizen.

“Memang hebat vokal dia. Ella versi lelaki!” komen seorang lagi pengguna TikTok.

Sehingga kini, video muzik rasmi lagu tersebut sudah meraih lebih 150,000 tontonan dalam YouTube.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI