fbpx

Misi Jesse Lingard tutup mulut pengurus Liga Fantasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LINGARD mahu pengurus Liga Fantasi mengiktiraf sumbangannya pada saingan musim depan.

PENDATANG baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), Nottingham Forest hadir dengan semangat jitu untuk memberikan cabaran terbaik selepas 23 tahun tidak bersaing di pentas tertinggi bola sepak England itu.

Forest terus berbelanja mewah pada jendela perpindahan kali ini dan terbaharu mengesahkan kehadiran pemain tengah antarabangsa Belgium, Orel Mangala dengan nilai £12.75 juta (RM69.2 juta).

Perpindahan tersebut menyaksikan Forest mengeluarkan dana keseluruhan lebih £85 juta (RM461.7 juta) dengan menandatangani 12 pemain baharu pada jendela perpindahan kali ini.

Antara nama besar yang dijangka memberikan sumbangan mata ter­tinggi buat skuad kendalian Steve Cooper itu pada musim baharu nanti adalah bekas pemain sensasi Manchester United, Jesse Lingard.

Selain itu, jika pertahanan Forest dapat tampil lebih kebal pada pentas EPL musim ini, penjaga gol muda, Dean Henderson dang penjaga gawang berpengalaman, Wayne Hennessey turut boleh dijadikan sandaran.

Pembaca Kosmo! yang berminat menyertai Liga Fantasi Kosmo! 2022/2023 boleh mendaftar dengan klik pada pautan ini – https://www.kosmo.com.my/liga-fantasi/

Gelaran
Forest

PENGURUS
Steve Cooper

PENJAGA GOL
Wayne Hennessey £4.0, Dean Henderson £4.5

PERTAHANAN
Neco Williams £4.0, Steve Cook £4.5, Scott McKenna £4.5, Mohamed Drager £4.0, Joe Worrall £4.5, Richie Laryea £4.5, Loic Mbe Soh £4.5, Giulian Biancone £4.5
Moussa Niakhate £4.5, Omar Richards £4.5, Harry Toffolo £4.5

TENGAH
Jesse Lingard £6.0, Harry Arter £4.5, Jack Colback £4.5, Cafu £4.5, Joe Lolley £5.0, Ryan Yates £5.0, Xande Silva £5.0, Alex Mighten £5.0, Braian Ojeda £4.5, Lewis O’Brien £5.0, Orel Mangala £5.0

PENYERANG
Lyle Taylor £4.5, Sam Surridge £5.0, Brennan Johnson £6.0, Taiwo Awoniyi £6.0

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI