fbpx

Lelaki maut dirempuh kereta ketika potong rumput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja syarikat pembersihan maut akibat dirempuh kereta di Taman Selasih, Kulim hari ini.

KULIM – Seorang pekerja syarikat pembersihan maut akibat dirempuh sebuah kereta ketika sedang memotong rumput di tepi jalan Taman Selasih di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.14 tengah hari itu, mangsa berusia 68 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terperosok di bawah kereta jenis Proton Iswara dipandu lelaki berusia 77 tahun.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, pemandu kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu merempuh mangsa yang berada di kiri jalan.

Katanya, ketika kejadian mangsa memotong rumput di tepi jalan itu bersendirian.

“Akibat daripada perlanggaran itu, mangsa terperosok di bawah kereta sebelum dikeluarkan dengan bantuan orang ramai dan anggota bomba.

“Pegawai perubatan kemudian mengesahkan mangsa yang mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI