fbpx

Lelaki letak ‘pod’ vape pada mulut bayi dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi seorang lelaki 'menyuap' pod vape pada mulut seorang bayi yang tular di laman Twitter sebelum ini

PETALING JAYA – Rata-rata pengguna laman Twitter berang susulan tindakan ‘kurang cerdik’ seorang lelaki meletakkan ‘pod’ vape pada mulut seorang bayi.

Menerusi perkongsian di laman Twitter @MALAYSIAVIRALL, kelihatan lelaki berkenaan dengan sengaja meletakkan pod berkenaan ketika bayi itu berada di pangkuannya.

Berdasarkan klip video berdurasi 15 saat itu, kelihatan mulut bayi berkenaan seolah-olah sedang menghisap ‘pod’ vape tersebut.

Dipercayai lelaki tersebut adalah bapa kepada bayi berkenaan, manakala perakam video berkenaan adalah isterinya.

Susulan perkongsian itu, pengguna Twitter menyelar perbuatan pasangan terbabit kerana boleh membahayakan kesihatan bayi mereka.

“Kesiannya kat awak dik, dapat bapak yang musibat macam ni,”ciap @syamilaazizaN

“Antara kesan kenaikan harga susu bayi terpaksa menyusukan anak dengan benda alah ni,”kata @Waibisocmed.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @lalisha181.

“Mesti nanti mak bapa dia ckp ‘ala letak kat mulut je pun, bukan budak tu sedut’,”tulisnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI