fbpx

Jarrod Bowen nadi West Ham gegar Liga Fantasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JARROD BOWEN merupakan bintang West Ham yang beraksi cemerlang serta meraih mata tinggi pada Liga Fantasi musim lalu. - AFP

JIKA perkiraan atas kertas diambil kira, West Ham United belum lagi mencapai kedudukan dalam kelompok elit Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi rekod lalu pernah menyerlahkan kelab ini tetap memiliki unsur kejutan.

Pengalaman yang ada pada pengurusnya, David Moyes cukup ditagih dan bakal menjadi senjata rahsia kepada aksi bakal diterjemahkan West Ham United pada musim baharu.

Walaupun tidak begitu konsisten sepanjang musim lalu, Jarrod Bowen akan terus menjadi nadi buat kelab itu dan namanya tidak perlu diperkenalkan lagi ketika pemain England ini menghasilkan 12 gol dan 17 bantuan jaringan sepanjang musim lalu.

Dari aspek pembelian pemain, West Ham United hanya bertindak mengikut keperluan dengan membawa seorang pemain baharu di setiap posisi, bermula dengan Alphonse Areola (penjaga gol), Nayef Aguerd (pertahanan), Flynn Downes (tengah) dan terbaharu penyerang dari Itali, ­Gianluca Scamacca.

Kehadiran Scamacca menjadi antara pembelian yang paling berbaloi, malah Liga Fantasi Kosmo! juga merasakan penghijrahan ini bakal membuka ruang seluas-luasnya buatnya menyerlahkan kualiti selepas miliki rekod hebat sepanjang beraksi di Itali.

Pendaftaran Liga Fantasi Kosmo! 2022/2023 boleh dilakukan dengan klik pada pautan ini – https://www.kosmo.com.my/liga-fantasi/.

 

GELARAN

The Hammers

PENGURUS:

David Moyes

PENJAGA GOL (Harga Fantasi)
Lukasz Fabianski – £5.0, Alphonse Areola – £4.5

PERTAHANAN
Aaron Cresswell – £5.0, Craig Dawson – £5.0, Vladimir Coufal – £4.5, Kurt Zouma – £4.5, Ben Johnson – £4.5, Angelo Ogbonna – £4.5, Issa Diop – £4.5, Arthur Masuaku – £4.5, Nayef Aguerd – £5.0

TENGAH
Jarrod Bowen – £8.5, Said Benrahma – £6.0, Pablo Fornals Malla – £5.5, Tomas Soucek – £5.5, Declan Rice – £5.0, Manuel Lanzini – £5.5, Nikola Vlasic – £5.0, Flynn Downes – £4.5

PENYERANG
Michail Antonio – £7.5, Gianluca Scamacca – £7.0

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI