fbpx

Britain berdepan kegawatan ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bank of England (BOE) menaikkan kadar faedah sebanyak 0.5 peratus, satu peningkatan terbesar sejak 1995. - Property Update

LONDON – Penduduk Britain diberi amaran supaya bersiap sedia menghadapi kemelesetan ekonomi yang mungkin berlanjutan sehingga 15 bulan, di samping kadar inflasi tertinggi dalam tempoh 42 tahun, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Situasi digelar Black Thursday itu bermula apabila Bank of England (BOE) menaikkan kadar faedah sebanyak 0.5 peratus, satu peningkatan terbesar sejak 1995.

BOE kelmarin mengumumkan kenaikan kadar faedah daripada 1.25 peratus kepada 1.75 peratus, kenaikan keenam berturut-turut dalam tahun ini.

Gabenor Andrew Bailey berkata, langkah itu perlu untuk mengawal inflasi yang tinggi selain turut memberi amaran mengenai kemelesetan yang semakin hampir.

“Jika kita tidak mengembalikan inflasi kepada sasaran, ia akan menjadi lebih teruk, terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah,” ujar Bailey.

Beliau turut memberi amaran mengenai kenaikan berterusan inflasi yang kini berada pada 9.4 peratus, lebih dua kali ganda daripada empat peratus yang diramalkan setahun lalu.

Di tengah-tengah krisis kos sara hidup yang telah sedia kritikal, bank pusat itu memberi amaran mengenai kegawatan lebih parah dengan inflasi dijangka mencecah 13.1 peratus lewat tahun ini.

Amaran tersebut dikeluarkan ketika bil tenaga turut melonjak dengan jangkaan mencecah £3,500 (RM18,929) setahun pada bulan Oktober. Beberapa penganalisis meramalkan ia akan melebihi £4,000 (RM21,635) pada Januari depan.

Pengkritik menuduh barisan menteri tidak memberi sebarang tindak balas kepada krisis tersebut dengan Perdana Menteri, Boris Johnson kini sedang bercuti, Canselor Perbendaharaan sementara, Nadhim Zahawi berada di luar negara dan kerajaan pula sibuk dengan pemilihan pengganti Johnson. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI