fbpx

‘Beg sampah’ Balenciaga berharga RM7,977

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beg sampah jenama Balenciaga kini boleh didapati dengan empat warna iaitu hitam, putih, kuning dan biru. - Balenciaga

BANDAR RAYA NEW YORK – Jenama fesyen mewah, Balenciaga sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila melancarkan koleksi terbaharunya berupa ‘beg sampah’ berharga AS$1,790 (RM7,977), lapor akhbar New York Post, kelmarin.

Beg cerut berkilat yang menyerupai plastik sampah murah itu diperbuat daripada kulit anak lembu, dihiasi dengan logo halus dan didatangkan dalam empat warna iaitu hitam, kuning, putih dan biru.

Ia adalah sebahagian daripada koleksi sedia pakai atau Ready To Wear (RTW) musim luruh yang dipamerkan pada pertunjukan fesyen Paris, Mac lalu.

“Saya tidak boleh melepaskan peluang untuk membuat beg sampah paling mahal di dunia, kerana siapa yang tidak suka dengan skandal fesyen?” kata Pengarah Kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia.

‘Beg sampah’ itu kini tular ekoran hantaran Instagram yang telah mendapat banyak reaksi daripada masyarakat bermula dengan ada yang kehairanan, marah dan ketawa.

“Ini adalah rekaan yang sangat biadap,” tulis seorang pengguna media sosial.

Pengguna lain yang tidak terhibur dengan reka bentuk sampah itu memberi amaran agar orang ramai tidak tertipu dengan strategi pemasaran yang dilakukan Balenciaga. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI