fbpx

Penghantar makanan maut rempuh lori kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori bermuatan kelapa di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan di sini, semalam.

KUALA SELANGOR – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori bermuatan kelapa di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4.33 petang itu mengakibatkan lelaki berusia 23 tahun berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki berusia 24 tahun dalam perjalanan menghantar bekalan kelapa dari Bagan Datuk, Perak ke Selayang.

“Setibanya di lokasi, pemandu itu dipercayai memperlahankan kenderaannya kerana menghampiri lampu isyarat.

“Mangsa yang menunggang Yamaha 135 LC dari arah belakang dikatakan merempuh belakang lori tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, perlanggaran itu mengakibatkan mangsa terjatuh dan cedera parah lalu disahkan meninggal dunia.

Tambah Ramli, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI