fbpx

‘Oyen’ cedera dipanah di bahagian leher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan seekor kucing yang dipanah individu tidak bertanggungjawab yang dikongsi di laman Facebook SAFM.

PETALING JAYA – Zalim dan tidak berperikemanusiaan. Itu antara gambaran kekejaman yang berlaku ke atas seekor kucing selepas cedera pada bahagian leher akibat dipanah.

Gambar kezaliman ke atas haiwan terbabit telah dikongsi di laman Facebook Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) dan difahamkan kejadian itu di Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong.

Menurut SAFM, pihaknya mengutuk perbuatan itu kerana ia boleh membunuh haiwan tersebut.

“Sebarang bentuk penganiyaan terhadap haiwan merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan perlu dibanteras sehingga ke akar umbi.

“SAFM juga meminta sebarang saksi untuk tampil ke hadapan supaya pesalah yang melakukan perbuatan zalim ini boleh ditangkap dan didakwa,” katanya di Facebook hari ini.

SAFM memaklumkan, sebarang perilaku tidak berkemanusiaan terhadap haiwan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Katanya, pelaku boleh dihukum penjara maksimum 3 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

“Bantu kami menangkap individu yang tidak bertanggungjawab ini! Sebarang maklumat mengenai kes ini boleh disalurkan di laman sesawang SAFM di https://www.animal.org.my/cruelty-report-form/ atau WhatsApp SAFM HOTLINE 0162662007. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI