fbpx

KKM nafi abai pesakit wad kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi (dua dari kiri) menunjukkan isyarat bagus pada majlis perasmian Sambutan Mingguan Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Perak di AEON Mall Taiping hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

TAIPING – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan mengatakan terdapat pesakit terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan rawatan di wad kecemasan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, KKM tidak membiarkan pesakit menunggu lama di bahagian kecemasan bagi mendapatkan rawatan.

“KKM tidak akan membiarkan pesakit menunggu lama kecuali terdapat kes yang lebih memerlukan perhatian seperti peningkatan kes Covid-19 dan pertambahan kes influenza serta penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang turut dirujuk ke bahagian itu.

“Kita tidak nafikan berlaku kesesakan, namun keadaan terkawal, tetapi dakwaan KKM tidak ambil peduli pesakit di wad kecemasan adalah tidak benar sama sekali,” katanya selepas merasmikan Program Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Perìngkat Negeri Perak di sini hari ini.

Menurutnya, KKM telah mengambil langkah awal dengan memanjangkan waktu operasi sehingga malam di klinik kesihatan tertentu bagi mengelakkan masalah kesesakan berlarutan.

“Kita telah panjangkan waktu operasi klinik kesihatan tertentu dan Hospital supaya keadaan sentiasa terkawal. Selain itu, pesakit yang bukan dalam kategori kecemasan kita nasihatkan untuk mendapatkan rawatan diklinik -klinik berhampiran agar tidak berlaku kesesakan,” katanya.

Mengulas tentang Majlis Sambutan Mingguan Penyusuan Susu Ibu, beliau berkata, susu ibu lengkap dengan segala zat serta nutrisi dan mempunyai kebaikan yang banyak berbanding susu tepung dan sebagainya.

“Ia merupakan antara makanan yang mengandungi zat terbaik untuk bayi. Di samping itu, susu ibu mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan dapat mengurangkan risiko bayi kepada penyakit berjangkit seperti HFMD, virus dan bakteria,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI