fbpx

Hilang kepercayaan punca 600 ahli Warisan Perak keluar parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAKIL lapan Bahagian Warisan di Perak mengisytiharkan keluar parti selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan pada sidang akhbar di Ipoh, hari ini.

IPOH – Kira-kira 600 ahli Parti Warisan (Warisan) daripada lapan bahagian di negeri ini mengisytiharkan keluar parti hari ini selepas mendakwa hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan.

Kesemua mereka terdiri daripada ahli Warisan Bahagian Parit Buntar, Bagan Serai, Larut, Kuala Kangsar, Sungai Siput Beruas, Batu Gajah dan Teluk Intan.

Menurut Murad Abdullah yang sebelum ini penyelaras Warisan Bahagian Beruas, tindakan itu diambil selepas mendapati parti berkenaan bukan sahaja tiada hala tuju jelas malah dilihat tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu.

Malah katanya, tindakan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal melantik ‘orang luar’ sebagai pengerusi Warisan negeri telah membangkitkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli.

“Tindakan presiden itu menunjukkan seolah-olah ahli-ahli Warisan di Perak tidak berkelayakan untuk memegang jawatan tersebut sedangkan pengerusi sedia ada pun tidak mempunyai asas politik yang kukuh untuk menyakinkan kami yang dia layak menggalas tanggungjawab itu.

“Kami sama sekali tidak menolak orang luar dari Perak untuk dilantik ke jawatan itu, namun biarlah mereka merupakan tokoh daripada kepimpinan pusat atau lain-lain jawatan utama dalam parti,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI