fbpx

Buruh didakwa tiga kali kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas kesalahan penyalahgunaan dadah buat kali ketiga. - NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Seorang buruh didakwa buat kali ketiga di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan penyalahgunaan dadah.

Tertuduh, Muhamad Robain Nor Basri, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengguna dan memberikan dadah jenis morfin kepada diri sendiri pada pukul 12.20 tengah malam, 20 April lalu di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin dekat sini.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39C(1) akta sama.

Tertuduh bagaimanapun dikenakan hukuman lebih berat di bawah Seksyen 39C(2) ADB kerana pernah dihukum mengikut Seksyen 39C(1) akta sama pada 2015 dan 2017.

Sementara itu, di mahkamah sama, Zainal Abidin Sudeen, 47, yang juga seorang buruh dari Linggi, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki ketulan mampat tumbuhan kering dadah jenis kanabis seberat 51.87 gram.

Kesalahan dilakukan pada pukul 1 tengah hari, 27 Julai lalu di tepi jalan simpang empat menghala ke Jalan Tampin Kanan. Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 26 September ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI