fbpx

35 delegasi sertai Ziarah Mahabbah ke Phuket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUANKU Syed Faizuddin (kiri) disambut pegawai polis Thailand di pos imigresen Wang Prachan, wilayah Satun, Thailand hari ini.

SATUN – Seramai 35 delegasi terdiri daripada ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta ketua jabatan dan pengamal media menyertai program Ziarah Mahabbah 2022 ke Phuket, Thailand hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor berkata, program tiga hari bermula 5 hingga 7 Ogos itu melibatkan kolaborasi strategik kerajaan negeri, MAIPs dengan Majlis Agama Islam (MAI) wilayah Phuket.

Katanya, ia bertujuan meneruskan falsafah ummatan wahidah melalui perkongsian kepakaran dalam pelbagai bidang seperti kemajuan agama Islam, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan.

“MAIPs telah lama melakukan kerjasama strategik bersama enam wilayah Andaman di Thailand iaitu Krabi, Ranong, Phuket, Phang Nga, Trang dan Satun.

“Kita berkongsi pengetahuan dan pengalaman daripada segi kepakaran dalam pengurusan zakat, pengurusan halal dan banyak lagi,” katanya di sini hari ini.

Turut berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs dan anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Menurut Mohd. Nazim, rombongan MAIPs yang menaiki bas itu akan singgah di beberapa wilayah Andaman iaitu di Satun dan Krabi sebelum sampai Phuket. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI