fbpx

13 maut, 40 cedera dalam kebakaran kelab malam di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran tersebut berlaku pada pukul 1 pagi (waktu tempatan) di kelab Mountain B, daerah Sattahip dalam wilayah Chonburi. - Nation Thailand

BANGKOK – Satu insiden kebakaran sebuah kelab malam di Thailand awal pagi ini mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang dan mencederakan 40 yang lain, kata pegawai perkhidmatan penyelamat.

Kebakaran tersebut berlaku pada pukul 1 pagi (waktu tempatan) di kelab Mountain B, daerah Sattahip, dalam wilayah Chonburi. Ia terletak kira-kira 150 kilometer di selatan Bangkok, kata seorang pegawai dari Yayasan Penyelamat Sawang Rojanathammasathan.

Rakaman video yang dikongsikan oleh perkhidmatan penyelamat meunjukkan orang ramai berpusu-pusu berlari keluar dari kelab malam tersebut sambil menjerit ketika api marak terus membakar premis itu.

Menurut perkhidmatan penyelamat, api merebak pantas disebabkan oleh penebat akustik di bahagian dinding premis, yang menyebabkan anggota bomba mengambil masa selama tiga jam untuk mengawal kebakaran.

Mangsa-mangsa yang mati, iaitu empat lelaki dan sembilan wanita ditemui di bahagian pintu masuk premis dan tandas, dengan mayat mereka berada dalam keadaan rentung.

Kesemua mangsa dipercayai terdiri daripada warganegara Thailand.

“Tiada kematian melibatkan warganegara asing,” kata Leftenan Kolonel Polis Boonsong Yingyong dari balai polis Phlu Ta Luang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI