fbpx

Tun Mahathir ketuai Gerakan Tanah Air kembalikan hak Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sidang akhbar khas yang diketuai Tun Mahathir hari ini.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed mengumumkan pembentukan gagasan baharu menerusi Gerakan Tanah Air yang akan memperjuangkan hak-hak orang Melayu sebagai keutamaan.

Selain itu, beliau berkata, gerakan tersebut juga bertujuan untuk menukar kerajaan sedia ada.

“Saya bersama beberapa parti politik Melayu dan juga beberapa pihak persendirian akan menggerakkan Gerakan Tanah Air ini bagi mengembalikan semula hak-hak orang Melayu yang telah hilang.

“Setakat yang kita tahu, kerajaan sekarang menang dengan sokongan 35 peratus rakyat sahaja, dan 65 peratus yang lain tidak sokong kerajaan dan daripada jumlah itu juga ada yang tidak mengundi sama sekali kerana mereka menganggap politik ini membosankan dan tidak membawa faedah,” katanya menerusi sidang akhbar khas hari ini.

Tambah Tun Mahathir, beliau yakin dengan penerangan yang dibawa oleh Gerakan Tanah Air ini akan mendapat sokongan sebahagian besar rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Bersama empat buah parti utama (Pejuang, Berjasa, Putra dan IMAN) ini dan beratus pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah beri sokongan kepada kita (Gerakan Tanah Air) serta beratus orang ramai yang prihatin dan tidak senang dengan amalan rasuah yang diamalkan kerajaan sekarang, kita yakin boleh mendapat kemenangan menjelang PRU,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI