fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa 7 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di tujuh negeri sehingga pukul 9 malam nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh Labuan manakala beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak serta Sabah.

“Bagi negeri Perak antara kawasan yang terjejas ialah di Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala di Pahang pula di Raub, Bentong, Temerloh dan Maran.

“Di Selangor hanya melibatkan kawasan Hulu Selangor namun bagi negeri Johor di kawasan Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, bagi negeri Sarawak, cuaca tidak menentu berlaku di kawasan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang.

“Sementara di Sabah pula kawasan yang terkesan pula di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid dan Beluran) serta Kudat (Pitas),” jelasnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI