fbpx

BN perlu jadi parti dominan PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani bersalaman dan bermesra bersama veteran dan bekas tentera pada Program Saarani Bersama Bekas Tentera (Sebekas) Parlimen Tapah, di Dewan Merdeka di sini hari ini.

TAPAH – Barisan Nasional (BN) perlu menjadi sebuah parti dominan sekiranya ingin memegang tampuk pemerintahan jika gagal memperoleh majoriti membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, situasi politik di Perak membuktikan meskipun BN hanya memenangi 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), parti berkenaan berjaya mentadbir negeri ini ekoran ia merupakan sebuah parti yang dominan.

“Di Perak kita stabil sebab kita ada parti yang dominan walaupun tidak cukup 30 kerusi, namun ada parti dominan dengan 25 kerusi iaitu BN dan parti lain akan akur.

“Di Perak BN pernah memerintah, Pakatan Harapan (PH) pernah memerintah, Perikatan Nasional (PN) pernah memerintah dan saya dapati zaman saya mengetuai (kerajaan Perak) amanlah sikit sebab pertama kita berlaku adil kepada semua (parti) dan keduai kita dominan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Program Saarani Bersama Bekas Tentera (Sebekas) Parlimen Tapah, di Dewan Merdeka di sini hari ini.

Menurut Saarani, meskipun terdapat penganalisis politik yang tidak menolak kemungkinan tiada parti akan mendapat majoriti untuk menubuhkan kerajaan jika berlaku pertembungan tiga penjuru antara BN, PH dan PN, ia tidak semestinya benar.

Katanya, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor membuktikan ramalan penganalisis politik bahawa akan berlaku keadaan dimana tidak ada parti yang boleh menubuhkan kerajaan tidak tepat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI