fbpx

Rampas, siasat 32 kes cecair vape RM1.65 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rampasan cecair vape di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

SHAH ALAM – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merampas dan membuka kertas siasatan ke atas 32 kes cecair vape bernilai RM1.65 juta yang disyaki mengandungi racun nikotin.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, tindakan oleh Cawangan Penguatkuasaan Bahagian Perkhidmatan Farmasi (CPF) itu dijalankan sepanjang tempoh bermula 2019 sehingga bulan lalu.

“Sebanyak 31 kes sudah didakwa di mahkamah dengan keseluruhan denda berjumlah RM108,400 sepanjang tempoh itu.

“Kita sentiasa menjalankan operasi berterusan melibatkan penjualan cecair vape yang dikawal mengikut Jadual Pertama Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan maklumat mengenai penjualan cecair vape bernikotin itu.

“Ia boleh disalurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi melalui laman sesawang www.pharmacy.gov.my atau portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SiSPAA) di moh.spab.gov.my.

“Selain itu, orang ramai boleh hadir di semua Cawangan Penguatkuasaan Farmasi berdekatan atau talian 03-78413200 bagi tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI