fbpx

Penapisan udara Nesh bantu tingkat kualiti kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yok KIM (tengah) pada majlis pelancaran sistem penapisan udara siri Hello, Nesh di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Nesh, salah satu jenama sistem penapisan air isi rumah melancarkan Penapis Udara Siri Hero yang bersesuaian untuk setiap isi rumah bagi membasmi 99.97 peratus zarah ultra halus di udara sekecil 0.3 mikron.

Penapis udara yang dikuasakan dengan lima peringkat penapisan itu turut menghalang bahan cemar berbahaya dalam udara seperti bakteria, acuan, virus, debunga, spora, habuk, bulu haiwan peliharaan, kelemumur, hama habuk dan zarah halus PM2.5.

Pengarah Urusan Nesh Marketing Sdn. Bhd., Soh Yok Kim berkata, produk terbaharu itu terdiri daripada Penapis Udara HeroPro dan Penapis Udara HeroMini yang direka untuk memaksimumkan pengalaman pengguna bagi menyediakan pengalaman pernafasan yang lebih baik, bersih dan sihat.

Menurut beliau, Nesh sentiasa meningkatkan produk, perkhid­matan dan pengalaman pengguna.

“Kami telah berjaya melakukannya selama lebih daripada 32 tahun dengan sistem penapisan air dan kini kami bersedia meluaskan penawaran produk kami dengan Penapis Udara Siri Hero,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis pelancaran produk baharu itu di sini baru-baru ini.

HeroPro berfungsi sebagai penulenan dan penyahbau yang meliputi sehingga 785 kaki persegi atau 73m2, dilengkapi dengan lima peringkat penapisan yang berkuasa pra-penapis, penapis gred perubatan.
H13 HEPA pula terdiri daripada penapis karbon teraktif, penapis fotokatalis dan cahaya UV bersama peringatan automatik penggantian penapis dan sensor cahaya ambien.

HeroMini yang kecil, ringkas dan mudah alih pula mempunyai tiga peringkat penapisan yang berkuasa pra penapis, penapis gred perubatan H13 HEPA serta penapis karbon teraktif bersama fungsi aromaterapi yang sesuai untuk bilik bayi, bilik belajar serta meja pejabat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI