fbpx

Lapor KPM jika bangunan lama sekolah ada masalah pendawaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hang Soon (lima dari kiri) menyodok tanah sebagai simbolik Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan Terbuka SMK Slim, Slim River hari ini.

TANJUNG MALIM – Pihak sekolah perlu melaporkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) sekiranya terdapat bangunan lama yang memerlukan perhatian segera terutamanya melibatkan masalah pendawaian elektrik.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Mah Hang Soon berkata, pengetua serta guru besar perlu memainkan peranan selain menitikberatkan soal keselamatan murid, guru dan kakitangan sekolah.

Menurut Mah, selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) beliau sentiasa mengadakan perbincangan bagi memastikan persekitaran sekolah selamat, bersih dan sihat untuk pelajar dan guru.

“Kalau dilihat kita ada banyak sekolah dan institusi, kita punyai lebih 10,000 sekolah di bawah jagaan kita (KPM) termasuk institusi yang lain, jadi satu ia organisasi yang cukup besar.

“Mana-mana bangunan lama yang perlukan perhatian, maka perlu pihak sekolah laporkan dan pada waktu yang sama kita akan melihat mekanisma bagaimana untuk memastikan ia dapat dijalankan secara berkala,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun agar pihak berwajib membuat pemeriksaan berkala terhadap sistem pendawaian elektrik di sekolah terutama yang berusia lebih 10 tahun sebagai langkah keselamatan.

Mengulas lanjut, Hang Soon berkata, KPM sentiasa mengambil langkah proaktif serta mencari penyelesaian disamping meneliti masalah yang wujud dalam memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI