fbpx
Ibu Ainul Mardhiah kecewa ada scammer buka tabung menggunakan nama anaknya.

Ibu Ainul Mardhiah kecewa ada scammer buka tabung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Ibu Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar anaknya itu untuk mengaut wang sumbangan dan menipu orang ramai.

Perkara tersebut didedahkan Nurul Erwani, 27, menerusi status yang dimuat naik di akaun sosial Instagram miliknya hari ini.

“Yang mana ada jumpa scammer guna gambar Ainul untuk kaut duit, tolong share kan (kongsikan) pada saya.

“Saya akan terus uar-uarkan pada akaun saya untuk tak nak orang ramai tertipu dengan mereka. Melampau betul mereka ini.

“Buat kerja dan ambil kesempatan atas orang lain. Orang Islam kan, cuba cari rezeki yang halal. Geram ni!,” tulisnya.

Tangkap layar hantaran tabung palsu Ainul Mardhiah.

Nurul Erwani turut membuat memuat naik sekeping gambar tangkap layar akaun Facebook yang menggunakan nama Jamilah Firdaus didakwa cuba menipu orang ramai menggunakan situasi terkini Ainul Mardhiah.

Akaun tersebut telah melancarkan tabung kilat Ainul Mardhiah dengan meletakkan nombor akaun Maybank atas penama Othman Zakaria untuk sumbangan orang ramai.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memaklumkan kanak-kanak itu sedang ditidurkan dan menggunakan bantuan ventilator di unit rawatan rapi Pediatrik (PICU).

Dalam kenyataan dikeluarkan petang semalam, Ahmad Safiuddin berkata, doktor mengesahkan Ainul telah terkena jangkitan kuman dan virus itu merebak hampir ke semua anggota. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR