fbpx

Rakyat jelata tak sabar tatap wajah Sultanah Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Muhammad V

KOTA BHARU – Rata-rata rakyat Kelantan mengakui terkejut dengan pengisytiharan Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini.

Bagaimanapun, kebanyakan daripada mereka gembira dengan perkhabaran tersebut malah tidak sabar untuk menatap wajah Sultanah Kelantan itu yang masih menjadi tanda tanya.

Berita berkaitan: Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar Sultanah Kelantan

Seorang peniaga kedai makan, Fazila Rahim, 29, berkata, sejujurnya dia terkejut selepas membaca berita mengenai pengumuman itu menerusi portal Kosmo! Online hari ini.

Menurutnya, dia bersyukur apabila Sultan Muhammad V sudah melangsungkan perkahwinan, namun masih menunggu pengumuman wajah Sultanah Kelantan itu.

Rosnani

“Sebagai rakyat Kelantan, saya gembira dengan pengisytiharan ini. Cuma, saya masih tertanya-tanya sama ada Sultanah Kelantan itu dari Kelantan atau luar negeri ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Sementara itu, seorang suri rumah, Rosnani Mohd. Nawi, 60, berkata, berita mengenai pengisytiharan Che Puan Nur Diana Petra sebagai Sultanah Kelantan itu menjadikan keluarga kesultan Kelantan kembali lengkap.

“Saya tidak sabar untuk melihat gambar Sultanah Kelantan berada di sebelah Sultan Muhammad V. Sebelum ini, hanya gambar Sultan Kelantan terpampang pada majlis-majlis rasmi atau di dalam bangunan kerajaan.

“Jadi, gambar Sultanah Kelantan pastinya akan menemani Sultan Muhammad V selepas ini,” katanya.

Azuhan

Seorang pesara, Azuhan Ibrahim, 62, berkata, dia berharap Sultan Muhammad V akan terus mentadbir negeri ini dengan baik selepas kehadiran Sultanah Kelantan.

“Diharap Sultanah dapat memberi lebih kebaikan kepada rakyat dalam mentadbir negeri ini terutamanya daripada segi kebajikan dan agama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI