fbpx

Pesawat terhempas : Tingkat aspek keselamatan elak nahas berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani menyerahkan replika bot penyelamat kepada Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid di Mes Pegawai Kanan Polis Perak, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh hari ini. - FOTO :MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Kerajaan negeri mahu pihak berkuasa meningkatkan aspek keselamatan penerbangan bagi mengelakkan insiden pesawat ringan yang terhempas di Jalan Raja Dr Nazrin Shah semalam, berulang.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, langkah keselamatan perlu diambil berikutan lokasi kejadian terletak berhampiran tumpuan ramai termasuk di kawasan perumahan.

“Kita faham ini adalah kemalangan, namun Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) barang kali ada kaedah-kaedah tertentu untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

“Sudah tentulah mereka juga perlu membuat siasatan dan melihat langkah keselamatan yang perlu diambil dan diperketatkan.

“Ini kerana pesawat yang jatuh semalam hampir dengan kawasan pekan di mana ramai orang berada di situ,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bot Penyelamat PDRM Perak di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI