fbpx

Malaysia, AS ada hubungan sangat baik- PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (dua dari kiri) menyambut ketibaan Nancy Pelosi (dua dari kanan) dalam satu majlis khas sebentar tadi

PUTRAJAYA- Hubungan diplomatik yang terjalin antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) disifatkan berada pada tahap terbaik lebih-lebih lagi negara kuasa besar itu merupakan rakan kongsi penting dalam semua bidang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hubungan baik antara kedua negara itu terjalin memandangkan AS merupakan pelabur terbesar dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi serta pertahanan.

“Malaysia ada hubungan baik dengan AS, mereka rakan kongsi penting dalam semua bidang. Daripada sudut ekonomi, AS adalah pelabur terbesar manakala daripada segi pertahanan mereka banyak bantu kita hingga 2022 melebihi $200 juta.

“Waktu kita berdepan Covid-19, AS juga banyak bantu kita sebagai contoh memberikan kita secara percuma dengan memberika vaksin Pfizer sebanyak sejuta,” katanya menerusi hantaran video di Facebook tadi.

Terdahulu, Ismail Sabri mengalukan ketibaan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi dalam satu majlis di sini tadi.

Nancy Pelosi mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 10.30 pagi tadi sebagai sebahagian daripada rangka lawatan rasmi ke empat negara Asia.

Ketibaan Pelosi, 82, disambut Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Duta AS ke Malaysia, Brian D McFeeters.

Ia adalah lawatan sulung Pelosi ke Malaysia di mana menjadi lokasi persinggahan kedua selepas melawat Singapura pada Isnin sebelum ke Korea Selatan dan Jepun. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI