fbpx

Mahkamah arah kekasih gelap suami bayar pampasan RM2.4 juta kepada isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Awam Zhuanghe mengarahkan Xiaoxia membayar balik wang yang pernah diberikan kekasihnya. – Pexels

BEIJING – Seorang wanita di China diperintah oleh mahkamah membayar pampasan berjumlah AS$560,000 (RM2.49 juta) kepada isteri teman lelakinya kerana menjalinkan hubungan sulit  bertahun-tahun sehingga melahirkan anak, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Wanita dikenali sebagai Xiaoxia itu disaman oleh isteri teman lelakinya. Si isteri meminta dia mengembalikan semua wang serta pemberian  suaminya sepanjang hubungan gelap mereka.

Berdasarkan  dokumen   Mahkamah Awam Zhuanghe di wilayah Liaoning, plaintif  dikenali sebagai Li, dan suaminya, Wang, manakala mereka telah berkahwin sejak tahun 1991.

Pada 2008, Wang mula menjalin hubungan sulit dengan Xiaoxia yang hanya diketahui Li beberapa tahun lalu.

Pada masa sama, dia turut mendapat tahu bahawa suaminya kerap memberi wang kepada kekasih gelapnya itu.

Selepas mengakui hubungan sulitnya, Wang turut mendedahkan bahawa dia dan Xiaoxia mempunyai seorang anak berusia 10 tahun dan telah menyara mereka berdua selama bertahun-tahun.

Bukti yang dikemukakan di mahkamah menunjukkan bahawa Wang pernah memindahkan wang sebanyak AS$217,700 (RM969,808) kepada teman wanitanya itu antara tahun 2013 hingga 2020.

Dia juga membelikan wanita itu  apartmen  berharga AS$214,700 (RM956,444) dan menghadiahkannya sebuah kereta berharga AS$128,800 (RM573,759).

Xiaoxia bagaimanapun menegaskan bahawa dia tidak tahu Wang sudah berkahwin dan duit yang diterima daripada lelaki itu dibelanjakan untuk anak mereka.

Dakwaannya  bagaimanapun ditolak mahkamah dengan hujah bahawa perkara tersebut bukan berkaitan dengan isu menyara anak, sebaliknya pemilikan aset.

Undang-undang di China menggariskan bahawa tiada seorang pun pihak dalam sesebuah perkahwinan boleh membelanjakan harta sepencarian tanpa kebenaran pihak satu lagi.

Disebabkan Wang tidak pernah mendapatkan kebenaran isterinya untuk memberi wang kepada Xiaoxia, kekasih gelapnya itu perlu memulangkan wang berjumlah AS$560,000 (RM2.4 juta) kepada wanita berkenaan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI