fbpx

Malaysia perlu bertegas halang tuntutan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan kapal pengangkut pesawat China, Liaoning, mengadakan latihan di Laut China Selatan. – AGENSI.

Saudara pengarang,

Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat tidak lagi boleh berdiam diri dengan membiarkan China mendominasi usaha mewujudkan Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan (LCS) yang dilihat sebagai peluang untuk negara Komunis itu melakukan penindasan.

Penegasan Malaysia sedikit sebanyak akan memaksa China akur dengan undang-undang antarabangsa dan menggugurkan tuntutan luar biasanya itu.

Jika akur, ia akan mencerminkan keikhlasan China dalam menghormati permintaan 10 negara yang berada di LCS dan bukannya mahu menjadi kuasa penentu di rantau ini.

Mengapa penentangan ini sangat penting? Ia tidak lain dan tidak bukan ialah untuk melindungi pencerobohan yang akan menyebabkan Malaysia, Filipina, Vietnam dan Brunei kehilangan sebahagian besar kawalan Zon Ekonomi Eksklusif masing-masing.

China nampaknya masih berdegil meskipun Department of Justice Amerika Syarikat mengulangi bahawa negara itu telah melanggar Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 dan

Deklarasi Asean-China 2002 mengenai Tatalaku Pihak di LCS yang mengancam keamanan, keamanan dan kestabilan di rantau ini.

Setakat ini, masih belum ada bukti sahih menunjukkan apa yang dituntut oleh China berada dalam sempadan negaranya. Berapa banyak peta yang dikeluarkan seperti di Washington, Filipina, malah China sendiri sudah cukup memberi bukti.

Jika perkara ini dibiarkan, akan wujud perlumbaan senjata tentera laut antara negara-negara yang mempunyai lautan dan perairan.

Permintaan Malaysia adalah untuk kepentingan kedaulatan dan betapa seriusnya kita untuk memelihara keselamatan serantau. Justeru, bantahan tegas perlu dilakukan supaya perairan kita tidak menjadi korban ketamakan China.

Osman Safee
Penganalisis politik antarabangsa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI