fbpx
KEKE (kiri) sering dibandingkan dengan Zendaya.

Keke lebih bagus, berbanding Zendaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELAKON Keke Palmer sememangnya sering dibandingkan dengan aktres Zendaya. Bermula dengan raut wajah, gaya rambut, karier sebagai pelakon, Palmer dan Zendaya selalu dibanding-bandingkan oleh peminat atau media hiburan.

Bagaimanapun, pelakon berusia 28 tahun itu mengakui dirinya jauh lebih baik dan popular berbanding dengan bintang filem Spider-Man: No Way Home itu.

Kata Palmer, dia telah meraih pelbagai prestasi membanggakan sejak usia muda. Kata-katanya itu seolah-olah ingin memberitahu kepada dunia bahawa dia lebih baik berbanding Zendaya.

Antara pencapaian membanggakan yang pernah diraihnya apabila menjadi pengacara termuda yang pernah ada. Malah, Palmer juga mendedahkan menjadi pelakon kulit hitam pertama yang memegang watak Cinderella dalam pementasan Broadway.

“Saya tidak mahu dibandingkan dengan sesiapa pun kerana saya adalah yang terbaik berbanding orang lain.

“Saya memiliki bakat yang tidak boleh ditandingi,” katanya yang telah terjun dalam dunia hiburan sejak berusia 11 tahun lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN