fbpx

Kanak-kanak tidur kurang 9 jam berisiko alami masalah kognitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tidur kurang dari sembilan jam sehari meningkatkan risiko beberapa masalah kesihatan mental. – Wion News

BALTIMORE, MARYLAND – Satu kajian mendapati  kanak-kanak  dalam lingkungan usia pelajar sekolah rendah yang tidur kurang  sembilan jam setiap hari berisiko mengalami perbezaan ketara di kawasan otak yang berfungsi berkaitan memori dan kecerdasan, lapor laman berita Wion News semalam.

Hasil kajian  pasukan penyelidik Fakulti Perubatan Universiti  Maryland (UMSOM) itu dikaitkan dengan masalah kesihatan mental seperti tekanan, kegelisahan dan tingkah laku impulsif dalam kalangan kanak-kanak yang kurang tidur berbanding mereka yang tidur antara sembilan hingga 13 jam.

Pasukan penyelidik itu menganalisis maklumat yang dikumpulkan  daripada lebih 8,300 kanak-kanak berumur sembilan hingga 10 tahun yang mengambil bahagian dalam kajian Pembangunan Kognitif Otak Remaja (ABCD).

“Kami mendapati  kanak-kanak yang tidur kurang  sembilan jam semalam mengalami kekaburan di kawasan  otak yang mengawal perhatian, memori dan perencatan berbanding mereka yang cukup tidur.

“Perbezaan ini berterusan selepas dua tahun sekali gus membayangkan bahaya jangka panjang bagi kanak-kanak yang tidak cukup tidur,” kata pengarang kajian, Profesor Ze Wang. 

Kajian tersebut adalah antara kajian pertama yang menunjukkan kemungkinan kesan jangka panjang kurang tidur kepada perkembangan neurokognitif kanak-kanak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI