fbpx

Mangsa visa furada kemuka tuntutan sivil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Nazrin Mohd Seth (kanan) pada sidang akhbar bersama wakil mangsa visa furada, Mohd. Hanif Mohd Salleh, 57.

BANGI – Seramai 111 mangsa jemaah haji visa furada akan mengemukakan tuntutan sivil terhadap sebuah agensi pelancongan dalam masa terdekat.

Tuntutan sivil tersebut dibuat melalui firma guaman Toriq Seth & Partners diwakili peguam mereka, Muhammad Nazrin Mohd Seth.

Muhammad Nazrin berkata, pada masa ini pihaknya sedang melakukan persediaan serta mengumpul dokumen yang diperlukan.

“Mereka yang terlibat bersedia dengan maklumat dan dokumen masing-masing untuk meneruskan tuntutan. Setakat ini semua maklumat adalah dianggap sebagai sulit sehingga kes difailkan di mahkamah.

“Perbincangan juga sudah dibuat banyak kali jadi, bergantung kepada masa untuk kita membuat tuntutan sivil,” katanya pada sidang akhbr di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan lebih 380 bakal jemaah haji yang menggunakan visa furada terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.

Susulan itu, lima individu terdiri dua lelaki dan tiga wanita ditahan dalam serbuan di beberapa lokasi di ibu negara pada 8 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI