fbpx

Tiga suspek kes dera ditangkap polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Tiga suspek yang dipercayai mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Mahsan, Bandar Seri Jempol, ditangkap pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mereka ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol pada pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, suspek lelaki berusia 42 tahun mempunyai dua rekod jenayah dan satu rekod dadah.

“Polis merampas telefon bimbit dan ketiga-tiga tangkapan akan dipohon reman esok. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan polis mengesan tiga individu yang mempunyai hubungan persaudaraan berusia 21 hingga 42 tahun bagi membantu siasatan kes dera kanak-kanak di Mahsan pada Rabu lalu.

Mangsa mempunyai kesan melecur, lebam, luka, parut dan kecederaan lain pada keseluruhan badan. Kanak-kanak itu dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Jempol. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI