fbpx

Tahniah Muhammad Aznil Bidin- PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan tahniah oleh Perdana Menteri kepada atlet angkat berat negara sebentar tadi

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri merakamkan ucapan tahniah kepada atlet angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin susulan kejayaan beliau menghadiahkan satu lagi pingat emas kepada negara malam ini.

Menerusi hantaran di Facebook Ismail Sabri, beliau mengucapkan tahniah kepada Muhamad Aznil kerana berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenangi pada edisi 2018.

“Satu lagi pingat emas dari skuad angkat berat negara. Beliau juga berjaya memecahkan rekod kejohanan yang baru dengan angkatan keseluruhan sebanyak 285 kilogram (kg).

“Ayuh kekalkan momentum ini dan terus berjuang,” katanya.

Terdahulu, atlet angkat berat, Mohamad Aniq Kasdan mencipta sejarah apabila meraih emas buat negara pada temasya Sukan Komanwel 2022 di National Exhibition Center (NEC) di Birmingham.

Ia juga pingat pertama yang dimenangi kontinjen negara pada temasya empat tahun sekali ini yang membuka tirainya secara rasmi pada 28 Julai lalu.

Pada saingan bagi kategori 55 kilogram (kg) itu, Aniq berjaya mengumpulkan keseluruhan angkatan sebanyak 249 kilogram (kg) bagi disiplin snatch dan clean & jerk. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI