fbpx

San Francisco isytihar darurat cacar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan beratur panjang di luar Hospital Besar San Francisco bagi menerima suntikan cacar monyet. - ABC7News

SAN FRANCISCO, California  – Datuk Bandar San Francisco, London Nicole Breed  mengisytiharkan darurat kesihatan kelmarin susulan peningkatan jumlah kes cacar monyet, lapor akhbar NHK kelmarin.

Pengisytiharan darurat kesihatan membolehkan kerenah birokrasi dikurangkan dalam usaha memerangi wabak cacar monyet. San Francisco pernah berada dalam situasi porak-peranda apabila wabak AIDS melanda pada tahun 1980-an.

Pengisytiharan itu berkuat kuasa Isnin lalu dan disambut baik oleh golongan gay  yang sebelum ini  kecewa dengan sikap kurang mengambil berat   pentadbiran San Francisco dalam membendung virus cacar monyet. Wabak itu setakat ini merebak dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks sesama lelaki.

“San Francisco berada di barisan hadapan dalam tindak balas kesihatan awam terhadap HIV dan Covid-19 dan kami akan kekal demikian apabila melibatkan cacar monyet.

“Kami tidak boleh dan tidak akan membiarkan komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ)  tersisih daripada menerima rawatan serta perhatian,” kata Senator mewakili California, Scott Wiener.

Pegawai kesihatan San Francisco, Dr. Susan Philip pula berkata, kota metropolitan  itu digambarkan sebagai ‘lubuk cacar monyet’ di Amerika Syarikat (AS).

Ini kerana 30 peratus daripada semua kes di California tertumpu di San Francisco.

San Francisco merangkumi  261 kes daripada  800 jangkitan yang direkodkan di California dan 4,600 di seluruh Amerika Syarikat, demikian menurut Jabatan Kesihatan Awam San Francisco.

Kekurangan vaksin cacar monyet menyebabkan orang ramai terpaksa beratur berjam-jam untuk emndapatkan  dos yang terhad, malah mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana  bekalan kehabisan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI