fbpx

Pengarah syarikat rugi RM5.29 juta angkara ‘cinta palsu’ lelaki Amerika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat wanita terpaksa berputih mata apabila kerugian RM5.29 juta akibat diperdaya ‘cinta palsu’ seorang lelaki dari Amerika.

Demi cinta kepada lelaki tersebut, mangsa yang berusia 64 tahun juga sanggup membuat pinjaman dengan syarikat pinjaman wang berlesen.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur telah menerima satu laporan daripada mangsa hari ini mendakwa dia kerugian sebanyak RM5.29 juta akibat ditipu sindiket Love Scam.

“Mangsa merupakan wanita tempatan berumur 64 tahun dan bergelar pengarah syarikat di Ipoh, Perak.

“Mangsa mendakwa telah berkenalan dengan suspek melalui laman ‘Online Dating’ yang mana suspek mengaku warganegara Amerika Syarikat serta bekerja sebagai paramedik di Hospital California,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, suspek dipercayai memperdaya mangsa dengan menyatakan telah menerima kontrak besar pembekalan peralatan perubatan bernilai USD 22 juta.

“Suspek juga memerlukan dana modal permulaan selain turut berjanji akan mengahwini mangsa.

“Terpedaya dengan janji tersebut, mangsa telah melakukan 120 transaksi pindahan wang ke dalam 14 akaun bank yang diberi suspek secara berperingkat antara Januari hingga Jun lalu membabitkan keseluruhan RM5.29 juta,” katanya.

Jelas beliau, mangsa telah menggunakan kesemua wang simpanan serta sanggup membuat pinjaman dengan syarikat pinjaman wang berlesen.

Tambah Azmi, semakan awal mendapati akaun bank yang terlibat juga mempunyai rekod untuk beberapa kes penipuan yang lain menggunakan modus operandi yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI