fbpx

Daftar untuk menangi hadiah lumayan Liga Fantasi Kosmo!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AKHBAR Kosmo! mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan Liga Fantasi Kosmo! atau Kosmo! FPL (Fantasy Premier League) musim baharu 2022/2023 untuk menghargai serta mendekatkan diri dengan pembaca-pembaca akhbar Kosmo! di seluruh negara.

Menggunakan platform dan format yang disediakan menerusi Fantasy Premier League, iaitu medium permainan yang dianjurkan secara global dengan saingan selari dengan perjalanan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), peserta kali ini dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM50 bagi satu pasukan.

Seorang peserta boleh mendaftar lebih daripada satu pasukan dan setiap bayaran yang dikenakan itu membolehkan mereka menikmati langganan Premium Kosmo! Online selama setahun, dalam erti kata lain menyelam sambil minum air – bersaing sambil peluang membaca berita-berita menarik di Kosmo! Online.

Pada kali ini, Sukan Kosmo! telah meningkatkan lagi hadiah kemenangan agar lebih lumayan untuk dimenangi para peserta terutamanya tiket penerbangan ke England bagi menyaksikan perlawanan EPL selain diberikan kemudahan penginapan serta wang saku RM2,000 untuk dua pemenang.

Para peserta juga berpeluang memenangi dua buah motosikal jenis Modenas Elegan 250 ABS dan Modenas Pulsar RS 200 selain telefon pintar, komputer (dekstop) gaming, basikal serta wang tunai akhir musim RM500.

Pada masa sama, lima pemenang mata tertinggi mingguan pula berpeluang meraih hadiah wang tunai RM200 setiap seorang. Jangan terlepas kerana akhirnya menyesal tidak sudah.

Justeru, jangan ketinggalan untuk mendapatkan akhbar Kosmo! atau melayari Kosmo! Online, Facebook, Instagram serta Twitter Kosmo! untuk mendapat maklumat terkini mengenai musim baharu Liga Fantasi Kosmo! Musim 2022/2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI