fbpx

Syaqiera Mashayikh semakin matang berdepan dengan tekanan kejohanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAQIERA bertekad untuk mengekalkan momentum Sukan SEA Vietnam 2021 untuk membutirkan pingat buat kontinjen negara pada AUG 2022 di Ubon Ratchathani, Thailand.

UBON RATCHATHANI – Atlet memanah negara, Syaqiera Mashayikh dapat merasakan perubahan ketara dari segi ­prestasi panahannya sejak pulang daripada Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun lalu.

Syaqiera, 22, menjadi pemanah wanita ketiga negara ­beraksi di pentas Olimpik selepas Mon Redee Sut Txi sewaktu edisi Athens 2004 di Greece dan Nurul Syafiqah Hashim pada London 2012.

Biarpun perjalanannya terkandas seawal pusingan pertama, namun atlet dari Segamat, Johor itu menimba pengalaman cukup berharga sehinggakan berjaya memadam rekod kebangsaan berusia 17 tahun milik Mon Redee.

Kecemerlangan itu diteruskannya dengan meraih pingat gangsa recurve individu dan perak berpasukan campuran sewaktu Sukan SEA Vietnam 2021.

Justeru, Syaqiera bertekad untuk mengekalkan momentum tersebut dengan terus membutirkan pingat buat kontinjen negara, kali ini pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 di Ubon Ratchathani, Thailand.

“Memang terdapay banyak perubahan besar sejak balik daripada (Olimpik) Tokyo terutamanya dari segi kematangan dan ia membuatkan saya lebih tahu bagaimana untuk menangani tekanan.

“Saya tiada rasa tekanan, cumanya rasa berbangga menggalas tanggungjawab pembawa Jalur Gemilang kerana ini kali pertama saya beraksi di AUG. Saya tak pasti saingan nanti tetapi akan berusaha dapatkan pingat.

“Saya tidak letak warna tetapi kalau boleh menang pingat emas. Namun, apa keputusan saya terima dan akan berusaha sedaya upaya,” kata penuntut Universiti Putra Malaysia itu.

Syaqiera akan turun acara recurve individu di Kampus Ban Yang Noi hari ini sebelum bergandingan dengan Nur Afisa Abdul Halil, Nur Husna Nadhirah Khalid dan Nuramalia Haneesha Mazlan untuk kategori berpasukan pada 30 Julai ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI