fbpx

Suami cemburu penggal, bawa kepala isteri ke balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nakaphodi Majhi dirakam berjalan sambil memegang kepala isterinya. – Jam Press

NEW DELHI – Gara-gara mengesyaki isteri  bermain kayu tiga, seorang warga emas di India memenggal kepala wanita berkenaan sebelum membawanya ke balai polis untuk menyerah diri, lapor laman berita Banten Raya semalam.

Dalam kejadian pada 14 Julai lalu, lelaki dikenali sebagai Nakaphodi Majhi, 55, dari Dhenkanal, dalam negeri Odisha itu dilaporkan bertengkar dengan isterinya,  kira-kira pukul 3.30 pagi (waktu tempatan).

Disebabkan berang dan menuduh mangsa berlaku curang terhadapnya,  Nakaphodi mengambil sebilah parang lalu  memenggal kepala isterinya.

Pada keesokan paginya, dia dikatakan berjalan menuju ke balai polis Gondia untuk menyerah diri sambil memegang kepala mangsa.

Penduduk kampung yang gempar melihat perbuatan Nakaphodi bertindak menangkap lelaki itu sebelum menyerahkannya kepada polis.

Polis membuka kertas siasatan  kes tersebut. Hasil pemeriksaan awal, polis menemui sebilah senjata tajam berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI