fbpx

Pemandu dan penumpang Myvi maut kemalangan dengan treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta jenis Perodua Myvi yang remuk teruk dalam kejadian kemalangan di Kilometer 126 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di Temerloh pagi ini.

TEMERLOH – Dua maut dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah treler di Kilometer 126 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di sini awal pagi ini.

Mangsa yang maut ialah Tan Wee Li,39, dan Nur Susilawati Che Deraman,35, yang merupakan pemandu dan penumpang kereta jenis Perodua Myvi.

Difahamkan kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mangsa merempuh belakang sebuah treler yang berada di lorong kecemasan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 2.47 pagi mendapati terdapat mangsa yang tersepit dalam kereta.

“Seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa yang menaiki kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler selamat.

“Mangsa yang tersepit di dalam kereta dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat dan diserahkan kepada pihak polis,”katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI