fbpx

KPDNHEP kaji nilai ambang keterhutangan syarikat RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal (KPDNHEP) akan mengkaji
kesesuaian nilai ambang keterhutangan syarikat RM50,000 jika terdapat keperluan untuk berbuat demikian.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementeriannya sensitif terhadap keadaan semasa memandangkan banyak syarikat sedang berdepan masalah ketika ini.

“KPDNHEP sentiasa sensitif akan keperluan. Jika ada keperluan ditingkatkan nilai ambang kebankrapan ini mungkin kita buat kajian dulu.

“Cadangan ini saya anggap cadangan yang baik sebab banyak syarikat sedang menghadapi masalah. Kita akan teliti,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Hasanuddin Mohd. Yunus (PH-Hulu Langat) adakah kerajaan akan meningkatkan nilai ambang keterhutangan syarikat bagi mengelakkan banyak syarikat kontraktor terpaksa gulung tikar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI