fbpx

JPJ Kelantan kutip RM2.04 juta bidaan nombor plat DEL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis iklan yang dikeluarkan JPJ Kelantan mengenai bidaan nombor siri DEL baru-baru ini.

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan berjaya merekodkan kutipan sebanyak RM2.04 juta bagi nombor siri pendaftaran DEL dalam tempoh lima hari bermula 21 hingga 25 Julai lalu.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd.Misuari Abdullah berkata, daripada jumlah itu, nombor siri DEL 7 mencatatkan bidaan tertinggi iaitu RM95,008.

Menurutnya, lima siri nombor pendaftaran yang paling banyak dibida sepanjang tempoh tersebut adalah DEL 11, DEL 1174, DEL 98, DEL 1805 dan DEL 39.

“Jumlah keseluruhan pembida bagi siri nombor pendaftaran tersebut adalah seramai 2,292 menerusi sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan secara dalam talian (JPJeBid).

“JPJ Kelantan sebelum ini menyasarkan kutipan hasil daripada bidaan siri pendaftaran DEL sebanyak RM2 juta dan kutipan RM2.04 juta itu melebihi jumlah yang dijangkakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sepanjang tempoh pelaksanaan sistem JPJeBID diperkenalkan bermula daripada siri DDP hingga DEL, JPJ Kelantan telah mengutip hasil sebanyak lebih RM37.8 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI