fbpx

‘Blind Spot’ antara masalah besar liputan telekomunikasi luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – ‘Blind Spot’ atau titik buta liputan jalur lebar menjadi masalah besar bagi jurang digital sistem telekomunikasi meskipun capaian liputan 4G mencapai lebih 90 peratus di luar bandar Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, ini menyebabkan kelompongan rangkaian khususnya di lokaliti yang mempunyai jumlah penduduk yang kurang berbanding lokaliti penduduk padat.

“Kita sentiasa lihat dan teliti bagi mempertingkatkan liputan rangkaian ini dan saya sendiri telah beberapa kali berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Masalah besar kita adalah ‘blind spot’ (sukar mendapat perkhidmatan liputan jalur lebar) walaupun ada rangkaian fiber luas di seluruh Selangor. Saya difahamkan pihak Telekom Malaysia Berhad (TM) akan menyiapkan 100 peratus gantian fiber di seluruh negeri ini pada suku kedua tahun depan,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Juwairiya Zulkifli (PH-Bukit Melawati) sama ada kerajaan negeri mempunyai tindakan mengatasi pemasalahan capaian di luar bandar.

Jelas Izham, penggunaan fiber amat wajib kerana ketika ini ramai menggunakan video atau aplikasi lain yang memerlukan kelajuan tinggi berbanding kemampuan menara Wi-Fi.

“Transisi liputan 4G kepada 5G turut menjadi masalah capaian lipiutan apabila rangkaian 5G ketika ini belum siap. Liputan 3G pula ditamatkan seterusnya menyebabkan tekanan spektrum kepada liputan 4G.

“Disebabkan itu, banyak berlakunya putus panggilan dan dan kualiti panggilan. Ini aduan paling banyak kita terima daripada pengguna,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI