fbpx

TNB mohon maaf bekalan elektrik terputus, berusaha pulihkan bekalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memohon maaf kepada pengguna susulan bekalan elektrik yang dilaporkan terputus sebentar tadi.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) memohon maaf kepada pengguna susulan bekalan elektrik yang dilaporkan terputus sebentar tadi.

TNB melalui Facebook TNB Careline mengesahkan terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

“Pelanggan yang dihormati, ketika ini terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

“Pasukan teknikal kami sedang mengenal pasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan,” ujarnya ringkas.

Jelas TNB Careline, pihak TNB memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI