fbpx

Kadar pengangguran siswazah turun 4.1 peratus tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Statistik Siswazah 2021 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini mendedahkan kadar pengangguran siswazah tahun lalu berkurang kepada 4.1 peratus iaitu 197,400 orang berbanding 202,400 pada tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, ia didorong momentum ekonomi negara ke arah pemulihan secara beransur-ansur dan seterusnya mendorong kedudukan pasaran buruh lebih baik pada tahun lalu.

Beliau berkata, sejajar perkembangan itu, bilangan siswazah bekerja meningkat sebanyak lima peratus tahun lalu dengan mencatatkan 4.57 juta orang berbanding 4.35 juta orang tahun 2020.

“Daripada jumlah itu, sekitar dua pertiga (64.8 peratus) daripada siswazah bekerja dalam kategori mahir iaitu seramai 2.96 juta orang.

“Berdasarkan data sama, bilangan siswazah dalam guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran meningkat kepada 1.55 juta pada 2021 daripada 1.36 juta pada tahun 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd Uzir berkata, bagi siswazah berusia 24 tahun ke bawah pula, kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran kekal tinggi iaitu 76.9 peratus pada 2021 selepas mencapai 78.6 peratus ketika krisis kesihatan pada 2020.

Menurutnya, bagi tempoh 2017 hingga 2019, purata kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran bagi kumpulan ini adalah 56.0 peratus.

“Jika diterjemah secara mudah, daripada seratus siswazah bekerja yang berumur 24 tahun ke bawah pada 2021, lebih 70 orang bekerja dalam pekerjaan separuh mahir dan berkemahiran rendah.

“Namun, guna tenaga tidak penuh bukanlah isu terpencil yang hanya dihadapi oleh Malaysia malah, ia diturut dikesan di negara maju seperti Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI