SEPERTI santun pantun perkahwinan yang berbunyi, anak itik di celah pandan, sambil berenang berdua-dua; sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua. Begitulah gambaran penyatuan dara popular dengan teruna impiannya, Wany Hasrita dan pasangan, Mohd. Al-Adib Fahmi Harun. Sah bernikah pada Jumaat lalu dengan dua kali lafaz, Wany selamat bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib. Benarlah kata pujangga, jodoh bukan tentang siapa cepat dia dapat. Melainkan memantaskan diri dengan taat sehingga tibanya jodoh yang tepat. Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita……