fbpx

Selangor perkenal PETA, dasar baharu maju sektor pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Amirudin Shari.

SHAH ALAM –  Kerajaan negeri memperkenalkan Pelan Transformasi Agro Selangor (PETA) sebagai dasar baharu bagi memajukan sektor pertanian yang lebih teratur dan tersusun.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dasar itu memfokuskan kepada sektor baharu yang berupaya menghasilkan pulangan tinggi menerusi kaedah moden.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengeluarkan arahan bahawa tanah kerajaan negeri yang dikenal pasti akan diwartakan mengikut keperluan dan atas tujuan pertanian.

“Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor sudah mengemukakan senarai tanah kepada Unit Pemodenan Pertanian Seksyen Makro dan Penswastaan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ean Yong Hian Wah (PH-Seri Kembangan) berhubung kesediaan kerajaan negeri memberi arahan baru supaya tanah yang masih belum membangun digalakkan untuk pelaburan pertanian moden.

Jelas Amirudin, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bertanggungjawab menguruskan Projek Pertanian Bersepadu di Sungai Rasa, Hulu Selangor sejak 1992.

“MBI dan PKPS bersetuju berkolaborasi bagi melaksanakan Projek Pertanian Berteknologi Tinggi di bawah pemantauan Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertaniandan Industri Asas Tani.

“Kolaborasi itu akan melibatkan tanah milik MBI di Batu 29, Batu Arang, Mukim Rawang, Daerah Gombak seluas 781.473 ekar (312 hektar),” katanya.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) berhubung mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup pula, Amirudin menegaskan langkah dilakukan menerusi
program Jualan Prihatin Rakyat.

“Sejak diperkenalkan mulai sehingga awal bulan ini, lebih 132,000 ekor ayam dengan harga murah telah dijual selain 60,000 papan telur dan 66,000 pek minyak masak.

“Jualan murah itu berjaya dianjurkan di 53 DUN dan ia menunjukkan kita mampu mengurangkan beban rakyat walaupun di luar bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI