fbpx

Piala Futsal Malaysia milik Selangor MAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain pasukan Selangor MAC meraikan kejayaan menjulang Piala Futsal Malaysia dengan menewaskan Pahang Rangers 4-3 di pentas final di Shah Alam baru-baru ini.

PEMANGKU ketua jurulatih Selangor MAC, Ahmad Khairi Aswad Ishak mengakui cukup puas selepas menyaksikan pasu­kannya meraih gelaran berganda musim ini dengan muncul juara sulung Piala Futsal Malaysia dengan menewaskan Pahang Rangers 4-3 di pentas final.

Selangor MAC sudah bergelar juara saingan Liga Premier Futsal Kebangsaan (MPFL) awal tahun ini bangkit daripada ke­tinggalan untuk menundukkan gergasi futsal Pantai Timur itu pada saingan di Kompleks Sukan Negara, Shah Alam.

Kata Ahmad Khairi, perubahan taktikal pada babak kedua memastikan pasukan berjaya menerap tekanan dan asakan oleh skuad lawan bimbingan Gerard Casas Ullastre.

“Pada 20 minit pertama saya lihat pemain agak tertekan hingga buka ruang buat pasukan lawan mendahului saingan.

“Namun, saya cuba menaikkan motivasi pemain dengan mengatakan untuk fokus serta mencari keyakinan semula memandangkan peluang masih ada dan itulah yang berjaya kita lakukan.

“Pujian wajar diberikan kepada pihak pengurusan dan barisan teknikal diketuai Marcelo (Serpa) serta barisan kejurulatihan pemain selepas meraih kejayaan kedua selepas mendominasi MPFL sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, tonggak Selangor MAC, Firdaus Ambiah yang berjaya meledak dua gol pada aksi final itu percaya motivasi yang diberikan oleh barisan kejurulatihan dan pengurusan pada masa rehat berjaya me­nyuntik semangat pemain untuk melakukan kebangkitan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI