fbpx

Pembuli jalanan dicekup acu pisau kepada pemandu lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi suspek yang dirakam pengguna jalan raya.

KLANG – Tindakan seorang pemandu lori dipercayai pembuli jalanan yang mengacukan sebilah pisau terhadap pemandu lori lain di Jalan Parang, Bandar Sultan Suleiman membawa padah apabila ditangkap tengah malam tadi.

Suspek berusia 40-an itu diberkas kira-kira pukul 12.25 tengah malam tadi sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, penangkapan itu susulan laporan polis dibuat seorang pemandu lori berusia 30-an kira-kira pukul 5.15 petang semalam.

Katanya, semasa kejadian lori dipandu mangsa telah dipintas dan ditahan sebuah lori lain yang dipandu suspek berkenaan.

“Suspek dikatakan telah turun dari lori dengan membawa sebilah pisau dan terus mengugut mangsa dengan kata-kata ‘ You tak kenal lagi siapa aku, Kau tunggu aku cari kau’.

“Berdasarkan siasatan mendapati motif kejadian lebih kepada pembuli jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan curi motosikal namun ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Vijaya menegaskan, pihaknya telah mendapat tempoh reman selama tiga hari terhadap suspek dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan Jenayah

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 31 saat di laman aplikasi WhatsApp memaparkan aksi seorang lelaki mengacukan senjata dipercayai pisau terhadap pemandu lori yang berjaya dirakam pengguna jalan raya lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI