fbpx

‘Mat Kilau’ muncul pukau 500 pesilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemunculan mengejut Adi Putra di Majlis Pembukaan Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 di MITC Melaka, tadi./ FOTO RASUL AZLI SAMAD

MELAKA – Suasana di Majlis Pembukaan Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini bertukar gempita apabila ‘Mat Kilau’ muncul di bawah gelanggang pembukaan.

Datuk Adi Putra yang memegang watak pahlawan itu dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan memberi kejutan kepada lebih 500 pesilat dari 40 negara dengan babak monolog perjuangan.

Dia yang memakai songkok dan kain rida muncul kira-kira tiga minit memberikan kata-kata semangat kepahlawanan Melayu sebelum mengakhirinya dengan laungan takbir.

“Hamba rela untuk mempertahankan hak daripada tanah air hamba dijajah.

“Maka ingatlah kekuatan orang Melayu bukan terletak pada senjatanya, ia terletak kepada kebijaksanaan dan taqwanya kepada Allah SWT,” laungnya.

Terdahulu, upacara perasmian itu telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Turut hadir adalah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali; Ketua Presiden Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat) Datuk Seri Probowo Subianto dan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Antara negara yang menyertai kejohanan dunia itu bagi merebut 32 acara dipertandingkan ialah India, Pakistan, Kazakhstan, Uzbekistan, Mesir dan Amerika Syarikat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI