fbpx

Umur bapa turut main peranan penting tentukan kejayaan rawatan IVF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bagi wanita yang berumur bawah 35 atau lebih 40 tahun, usia pasangan mereka memberi pengaruh yang besar terhadap peluang mendapatkan anak. – The Good Men Project

LONDON – Satu kajian mendapati bahawa umur seorang bapa memainkan peranan penting bagi meningkatkan potensi mendapatkan anak menggunakan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF), lapor portal berita MailOnline semalam.

Kajian itu dibuat berdasarkan analisis data secara rawak yang diperoleh daripada pihak berkuasa persenyawaan Britain, Pihak Berkuasa Persenyawaan dan Embriologi Manusia.

Analisis yang dilakukan ke atas hampir 19,000 kitaran IVF itu mendedahkan bahawa bagi wanita yang berumur bawah 35 atau lebih 40 tahun, usia pasangan mereka memberi pengaruh yang besar terhadap peluang mendapatkan anak.

Bagi wanita dalam lingkungan umur tersebut, kadar kelahiran hidup didapati menurun daripada 32.8 peratus (apabila umur bapa di bawah 35 tahun) kepada 27.9 peratus (apabila umur bapa antara 40 hingga 44 tahun).

Sekiranya umur pasangannya melebihi 55 tahun pula, kadar kelahiran hidup terus merosot kepada 25 peratus.

“Jelas di sini bahawa amat penting agar kita tidak boleh mengambil ringan faktor umur si bapa apabila memberi penjelasan kepada pasangan mengenai hasil rawatan kesuburan.

“Usia seorang wanita sememangnya memainkan peranan terpenting, namun fokus tidak seharusnya hanya diberikan kepada jam biologi jantina itu semata-mata,” kata salah seorang pengarang kajian, Profesor Geeta Nargund. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI